Khidmat Sokongan

| Pusat Sumber Sekolah | Sumber Pendidikan | Teknologi Maklumat | Teknologi Pendidikan | Inisiatif ICT KPM | ... |

[Sila Klik disini] Info Terkini dari Majlis Keselamatan Negara [MKN]

| MAJLIS KESELAMATAN NEGARA adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. | ... |

[Sila Klik disini] Info Terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM]

| # kita jaga kita | Bersama Hentikan Wabak COVID-19 | ... |

[Sila Klik disini] Susunan Rancangan TV Pendidikan Di DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Astro Tutor

| Jadual Siaran yang boleh diikuti dan ditonton bersama dimana anda berada | ... |

[Sila Klik disini] DidikTV KPM merupakan TV Pendidikan

| Rangkaian ini akan menyiarkan program pendidikan untuk pelbagai mata pelajaran sekolah | ... |

[Sila Klik disini] KPM @ Youtube

| Video Terbitan KPM | ... |

[Sila Klik disini] Hari ini dalam Sejarah dari Arkib Negara Malaysia

| Era Melaka | Era Pra British | Era Pentadbiran British | Era Pendudukan Jepun | ... |

[Sila Klik disini] Portal EduWebTV

| Boleh diakses oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana jua.| PERCUMA | #DudukDiRumah #JomBelajar #CegahCovid-19 | ... |

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma [Penglihatan]

| PraSekolah | Kelas Biasa [Tahun 1 - 6] Penglihatan | Dewan | Kolam Renang | Asrama | Hubungi Kami : 04-5082026 :: Faks : 04-5071439 |

Showing posts with label Kenyataan Media KPM. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Media KPM. Show all posts

Tuesday, October 12, 2021

Kenyataan Media - Kementerian Pendidikan Malaysia Kemasukan Murid Ke Sekolah Khusus Tahun 2022

...................................................................
Kenyataan Media - Kementerian Pendidikan Malaysia
Kemasukan Murid Ke Sekolah Khusus Tahun 2022
....................................................................
[...] Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Sekolah Khusus. Sekolah-sekolah khusus itu ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) mulai tahun 2021. [...]
....................................................................
Untuk Maklumat Lanjut
>> Sila Klik [ KPM ]
....................................................................

Friday, October 1, 2021

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Pemakluman Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

...................................................................
Kenyataan Media
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pemakluman Pengoperasian Institusi Pendidikan
Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
....................................................................
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 29 September 2021 berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Selangor, Melaka dan Kedah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021.
KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua (2) minggu
daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut. ingin memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021. Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.. [ ... ]
....................................................................
Untuk Maklumat Lanjut
>> Sila Klik [ KPM ]
....................................................................
 

Friday, March 5, 2021

Kenyataan Media KPM - Pemakluman Iklan Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 ke Program Matrikulasi Dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Sesi Ambilan 2021

..........................................................................................
Kenyataan Media KPM - Pemakluman Iklan Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2020
ke Program Matrikulasi Dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Sesi Ambilan 2021
..........................................................................................
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi ambilan 2021 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021, serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara akan dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April 2021. KPM mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC.Pelajar lepasan SPM 2020 boleh memohon terus kepada KPM tanpa perlu melalui UPUOnline. Permohonan adalah percuma. Pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM www.moe.gov.my pada 8 Mac 2021... [ ... ]
KM - Kementerian Pendidikan Malaysia
5 Mac 2021
..........................................................................................
Untuk Maklumat Lanjut
>> Sila Klik URL [ KPM ]
..........................................................................................

Thursday, February 25, 2021

Kenyataan Media KPM - Penawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam Tahun 2021

...........................................................
Kenyataan Media KPM - Penawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam Tahun 2021
...........................................................
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada 19 Februari 2021 telah membuat hebahan penawaran program Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang akan dibuka secara dalam talian bermula 1 hingga 31 Mac 2021. Biasiswa ISMP ditawarkan sejak tahun 2012 (kecuali tahun 2017) kepada pelajar cemerlang di universiti awam yang sedang mengikuti pengajian pendidikan tahun pertama atau kedua dalam bidang tertentu. Pelajar ini kemudiannya akan dilantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan ditempatkan di sekolah menengah KPM.
...........................................................
Untuk Maklumat Lanjut >>Sila Klik [ KPM ]
...........................................................

Saturday, February 13, 2021

Kenyataan Media KPM - Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM

Kenyataan Media KPM - Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari 2021. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. Pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi. 
Pewujudan saluran khusus ini merupakan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara. Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7. Kini, buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI. Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik. [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kenyataan Media KPM 12 Februari 2021 [ KPM ] 
........................................................................................................................................................................................

Friday, January 29, 2021

Kenyataan Media KPM - Tambahan Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7

Kenyataan Media KPM - Tambahan Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), termasuk program TV Pendidikan. Mulai 27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.
Slot tambahan ini melibatkan dua (2) jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7. KPM juga telah menambah lima (5) jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap [ KPM
........................................................................................................................................................................................