Saturday, February 13, 2021

Kenyataan Media KPM - Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM

Kenyataan Media KPM - Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari 2021. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. Pelancaran DidikTV KPM akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi. 
Pewujudan saluran khusus ini merupakan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara. Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7. Kini, buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI. Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik. [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap
Kenyataan Media KPM 12 Februari 2021 [ KPM ] 
........................................................................................................................................................................................