Dasar Pendidikan

Utama | Dasar | Dasar Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia
.........................................................................................................................................................................................................

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia [2013 - 2025]
Laporan Tahunan 2014 | Kementerian Pendidikan Malaysia
"Segala pencapaian ini adalah hasil dedikasi serta komitmen gigih daripada semua pihak berkepentingan - kesabaran dan kerja para guru, pemimpin sekolah dan pegawai Kementerian di lapangan, serta sokongan padu daripada ibu bapa, komunitidan sektor swasta. Terrima kasih di atas komitmen anda dalam memastikan kejayaan pelaksanaan PPPM."
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan Malaysia

Dapatkan versi lengkap dalam [pdf]
>> Sila Klik :  Kelestarian Pintar > Dasar Kerajaan
....................................................................................................................................................................................................
Pelan Pembanungan Pendidikan Malaysia 2015-2025 
[Pendidikan Tinggi]
Pendidikan amat penting untuk pembangunan pesat negara kita yang tercinta. Pendidikan telah melengkapkan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran,dan kecekapan yang memacu pertumbuhan dan membawa kemakmuran kepada negara. Namun begitu, untuk mencapai matlamat sebagai negara maju menjelang tahun 2020, kita harus meningkatkan akses dan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia. 
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Dapatkan versi lengkap dan versi Ringkasan Eksekutif [pdf]
>> Sila Klik :  Kelestarian Pintar > Dasar Kerajaan

....................................................................................................................................................................................................

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia [2013 - 2025]
"Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global."
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Dapatkan versi lengkap dan versi Ringkasan Eksekutif [pdf atau e-Book]
>> Sila Klik :  Kelestarian Pintar > Dasar Kerajaan
.........................................................................................................................................................................................................
Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tujuan 
Buku kecil ini bertujuan memberi penjelasan berhubung dengan keputusan meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan bahasa Malaysia (BM) dan memperkukuhkan bahasa Inggeris(BI).
Mukadimah 
Strategi memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa penghantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) BM.
Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan BI melibatkan penambaikan kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

Dapatkan versi lengkap [pdf]
>> Sila Klik :  Kelestarian Pintar > Dasar Kerajaan
.........................................................................................................................................................................................................
Dasar Pendidikan Kebangsaan 2012
"Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Dasar yang telah digubal akan menjadi teras serta sumber rujukan dalam setiap program yang akan dirancang dan dilaksanakan. Justeru, sesuatu dasar yang telah digubal pasti mengalami satu proses yang panjang dan rumit sebelum dapat didokumenkan. Oleh itu, saya amat menghargai segala daya usaha yang telah dilakukan untuk menerbitkan buku ini.
Kejayaan sesuatu dasar amat bergantung kepada sejauh mana kefahaman serta komitmen pihak yang akan melaksanakannya. Medium bertulis seperti buku merupakan salah satu kaedah yang mudah dan berkesan untuk memberikan kefahaman berkaitan sesuatu hasrat yang dilaksanakan."
Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud   
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia   
Kementerian Pelajaran Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada  Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Antara Koleksi Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdapat di Portal PKG Alma:
1. Ringkasan Pembangunan Pendidikan KPM 2001-2010
2. Pembangunan Pendidikan KPM 2001-2010
3. Pelan Induk Pendidikan 2006-2010.
4. Policy on ICT in Education Malaysia 2010
5. Dasar Pendidikan Kebangsaan KPM 2012.
6. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020.
7. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
8. Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.

Dapatkan versi lengkap dan versi Ringkasan [pdf]