Friday, January 29, 2021

Kenyataan Media KPM - Tambahan Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7

Kenyataan Media KPM - Tambahan Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), termasuk program TV Pendidikan. Mulai 27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.
Slot tambahan ini melibatkan dua (2) jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7. KPM juga telah menambah lima (5) jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. [ ... ]
>> Sila Klik untuk mendapatkan maklumat lengkap [ KPM
........................................................................................................................................................................................