Thursday, February 25, 2021

Kenyataan Media KPM - Penawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam Tahun 2021

...........................................................
Kenyataan Media KPM - Penawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam Tahun 2021
...........................................................
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada 19 Februari 2021 telah membuat hebahan penawaran program Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang akan dibuka secara dalam talian bermula 1 hingga 31 Mac 2021. Biasiswa ISMP ditawarkan sejak tahun 2012 (kecuali tahun 2017) kepada pelajar cemerlang di universiti awam yang sedang mengikuti pengajian pendidikan tahun pertama atau kedua dalam bidang tertentu. Pelajar ini kemudiannya akan dilantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan ditempatkan di sekolah menengah KPM.
...........................................................
Untuk Maklumat Lanjut >>Sila Klik [ KPM ]
...........................................................