Monday, January 11, 2021

Kenali #cikgooTUBE

................................................................
cikgooTUBE merupakan satu kumpulan guru yang komited dan aktif dalam menghasilkan video pengajaran.
Video-video yang dihasilkan dikongsi di YOUTUBE
................................................................
Kenali #cikgooTUBE
1. Dimulakan oleh Dr. M
Dr. M sewaktu lawatan ke Jepun begitu tertarik dengan projek pengajaran menggunakan video pakar mereka. Beliau seterusnya meminta pihak KPM agar idea ini dapat diadaptasi dalam persekitaran pendidikan Malaysia. KPM menerusi BSTP (dahulunya dikenali sebagai BTP) diberi peranan untuk menjayakan hasrat ini.
2. Guru menerbit kandungan mereka sendiri
Dalam projek ini, guru perlu mencipta serta menerbit kandungan pembelajaran mereka sendiri. Guru bebas berkarya mengunakan apa sahaja teknik dan gaya pesembahan. Untuk meningkatkan kualiti penerbitan, para guru akan dilatih dengan kemahiran yang asas dan lanjutan. Para guru juga boleh mendapatkan bantuan BTP Negeri untuk khidmat rakaman, kepakaran pembangunan kandungan serta penerbitan [ ... ]

................................................................
Tontonan Video Pengajaran CikgooTUBE:
>> Sila Klik CikgooTUBE
................................................................