Monday, July 30, 2018

Modul Multimedia STEM PdPc Abad Ke-21

Modul Multimedia STEM PdPc Abad Ke-21 ini ditulis oleh sekumpulan guru, dalam bidang STEM dan ICT yang terpilih kerana kepakarannya memanafatkan teknologi di dalam kelas masing-masing. Kemunculan modul ini, bertujuan:
> Memberi kemahiran dan kepercayaan kepada para pendidik di Negara ini untuk menghasilkan sendiri BBM berkonsepkan Video STEM.
> Pemilihan semua tajuk yang pastinya berguna untuk guru-guru dalam pelaksanakan PdPc Abad Ke-21 dengan mengintegrasikan ICT.
> Merupakan panduan penyuntingan sesebuah video secara atas talian dan luar talian yang dapat menjimatkan masa sebuah produksi , tips membuat rakaman video yang baik dengan alatan yang asas, dan alat yang diperlukan bagi melaksanakan PdPc secara digital serta kaeadah penilaian dalam PdPc yang menarik dan terkini.
> Mesra pengguna, mudah difahami dan senang diikuti, langkah-langkah yang disediakan satu demi satu dlam mengaplikasikan kesemua tajuk dan  rakan setia dalam meneroka sesuatu tajuk dengan penggunaan komputer.
> Meningkatkan keupayaan dan kebijaksanan guru-guru terhadap mempelbagaikan kaedah PdPc bidang STEM serta minat dan motivasi murid untuk mempelajari subjek STEM dalam kelansungan  kelestarikan pendidikan STEM di Malaysia.
 Modul yang bercirikan Pembelajaran Abad Ke-21 yang merupakan edisi pertama yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam Anjakan 7 iaitu untuk Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia.

Dapatkan versi lengkap dalam [eBook] ATAU [pdf]
>> Sila Klik :  Kelestarian Pintar > Pendidikan Abad 21 > Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
...................................................................................................................................................................................