i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan
oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu :
>> Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
>> Kementerian Kesihatan Malaysia;
>> Kementerian Sumber Manusia;
>> Kementerian Belia dan Sukan;
>> Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
>> Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini. Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang berbeza khasnya buta, rabun, rabun warna dan disleksia. Portal ini mensasarkan golongan pengguna berikut :
>> Golongan berkeperluan khas (OKU)
>> Ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas
>> Golongan pendidik yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
>> Majikan
>> Masyarakat Umum
Matlamat dan hala tuju portal i-Sayang ialah memastikan semua masyarakat khasnya golongan OKU mendapat manfaat daripada portal ini selaras dengan tagline portal “We Are Here For You” atau “Kami Sentiasa Berada Di Sisi Anda”.