Khidmat Sokongan

| Pusat Sumber Sekolah | Sumber Pendidikan | Teknologi Maklumat | Teknologi Pendidikan | Inisiatif ICT KPM | ... |

[Sila Klik disini] Info Terkini dari Majlis Keselamatan Negara [MKN]

| MAJLIS KESELAMATAN NEGARA adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. | ... |

[Sila Klik disini] Info Terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM]

| # kita jaga kita | Bersama Hentikan Wabak COVID-19 | ... |

[Sila Klik disini] Susunan Rancangan TV Pendidikan Di DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Astro Tutor

| Jadual Siaran yang boleh diikuti dan ditonton bersama dimana anda berada | ... |

[Sila Klik disini] DidikTV KPM merupakan TV Pendidikan

| Rangkaian ini akan menyiarkan program pendidikan untuk pelbagai mata pelajaran sekolah | ... |

[Sila Klik disini] KPM @ Youtube

| Video Terbitan KPM | ... |

[Sila Klik disini] Hari ini dalam Sejarah dari Arkib Negara Malaysia

| Era Melaka | Era Pra British | Era Pentadbiran British | Era Pendudukan Jepun | ... |

[Sila Klik disini] Portal EduWebTV

| Boleh diakses oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana jua.| PERCUMA | #DudukDiRumah #JomBelajar #CegahCovid-19 | ... |

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma [Penglihatan]

| PraSekolah | Kelas Biasa [Tahun 1 - 6] Penglihatan | Dewan | Kolam Renang | Asrama | Hubungi Kami : 04-5082026 :: Faks : 04-5071439 |

Tuesday, June 21, 2016

Salam Nuzul Al-Quran

Warga Kerja Pusat Kegiatan Guru Alma 
Mengucapkan 
Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1437H
kepada Semua Warga Pendidikan
.....................................................................
Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda
" Bacalah Al-Quran Sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai Syafa'at kepada pembacanya"   
                                                                                                                              HR Muslim
.....................................................................
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi untuk diamalkan.

Tuesday, June 14, 2016

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 27 hingga 28 September 2016.
Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah diminta mencalonkan murid-murid sekolah tuan dan puan yang layak dengan melengkapkan Borang Pemilihan Tokoh NILAM BTPNPP/UPSP-NILAM 01 seperti di lampiran.
Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) sebelum 01 Julai 2016 (Jumaat). Pihak Sekolah boleh mencalonkan lebih daripada seorang murid yang layak untuk pemilihan ini.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi En.Roshidi bin Mat di talian 04-5736901 sambungan 148 atau PKG kawasan masing-masing
Sekian, terima kasih.

Dapatkan Borang Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016
>> Sila Klik Kelestarian Pintar > Pengurusan sumber Pendidikan > Pengurusan Program Nilam > Borang Pencalonan Tokoh Nilam Negeri 2016

Sunday, June 5, 2016

Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak

Warga Kerja Pusat Kegiatan Guru Alma 
Mengucapkan 
Selamat Mengerjakan Ibadat Puasa 1437H
kepada Semua Warga Pendidikan
.....................................................................
Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: 
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh 
keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”
Maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih 
dan witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita.
Dapatkan versi lengkap dalam [eBook - FlipBook] atau [pdf]
>> Sila Klik :  Kelestarian Pintar > Santapan Nuraini > Solat Tarawih  
......................................................................................................................................................................................................

Tuesday, May 17, 2016

Selamat Hari Guru 2016

Warga Kerja Pusat Kegiatan Guru Alma Mengucapkan Selamat Hari Guru 2016
kepada Semua Warga Pendidikan

Thursday, April 7, 2016

Instrumen Pemantauan Kendiri PSS

Makluman untuk Guru Perpustakaan dan Media sekolah Ahli Pusat Kegiatan Guru Alma
Instrumen Pemantauan Kendiri PSS 2016
Pemantauan Pusat Sumber Sekolah 2016 bermula dengan pengisian Instrumen Pemantaun Kendiri PSS oleh Guru Perpustakaan dan Media sekolah ahli  Pusat Kegiatan Guru Alma (PKG) Alma.
i.   Instrumen Penilaian Kendiri hendaklah diisikan dan dilengkapkan diruangan kendiri.
ii.  Instrumen Penilaian Kendiri hendaklah disimpan dengan baik.
iii. Pihak pengurusan PKG akan melakukan  Verifikasi Penilaian Kendiri yang telah diisikan.
iv. Jadual Lawatan Verifikasi Instrumen Penilaian Kendiri akan dimaklumkan.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Dapatkan versi lengkap Instrumen dan Skema Instrumen

>> Sila Klik :   Kelestarian Pintar > Pengurusan Sumber Pendidikan > Instrumen Pemantauan
Kendiri PSS

Saturday, April 2, 2016

Kutipan Data Nilam 2016

Makluman KUTIPAN DATA NILAM 2016
1. Mulai tahun 2016, Sistem i-NILAM tidak lagi digunakan untuk tujuan kutipan data. Pihak BTP-BTPN telah menyediakan SATU Template Interim bagi kutipan data NILAM sebagai alternatif proses kutipan data sedia ada.
2. Bersama-sama ini disertakan 'Template dan cara pengisian data sebagai panduan'.  Template yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kepada PKG Alma untuk tindakan selanjutnya sebelum 5 April 2016. Penyerahan hendaklah dalam bentuk 'Soft Copy'.
3. Untuk Makluman, Kutipan data akan dilaksanakan setiap suku tahun (Mac, Jun,  September dan Disember) untuk tujuan pelaporan.
4. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan pengisian data tersebut, pihak sekolah boleh  menghubungi PKG Alma atau En. Roshidi di Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan,  BTPN Pulau Pinang di talian 04-5736901.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dapatkan versi lengkap Template dan Cara Pengisian Data

>> Sila Klik :   Kelestarian Pintar > Pengurusan Sumber Pendidikan > Pengurusan Program Nilam