Saturday, April 2, 2016

Kutipan Data Nilam 2016

Makluman KUTIPAN DATA NILAM 2016
1. Mulai tahun 2016, Sistem i-NILAM tidak lagi digunakan untuk tujuan kutipan data. Pihak BTP-BTPN telah menyediakan SATU Template Interim bagi kutipan data NILAM sebagai alternatif proses kutipan data sedia ada.
2. Bersama-sama ini disertakan 'Template dan cara pengisian data sebagai panduan'.  Template yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kepada PKG Alma untuk tindakan selanjutnya sebelum 5 April 2016. Penyerahan hendaklah dalam bentuk 'Soft Copy'.
3. Untuk Makluman, Kutipan data akan dilaksanakan setiap suku tahun (Mac, Jun,  September dan Disember) untuk tujuan pelaporan.
4. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan pengisian data tersebut, pihak sekolah boleh  menghubungi PKG Alma atau En. Roshidi di Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan,  BTPN Pulau Pinang di talian 04-5736901.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Dapatkan versi lengkap Template dan Cara Pengisian Data

>> Sila Klik :   Kelestarian Pintar > Pengurusan Sumber Pendidikan > Pengurusan Program Nilam