Tuesday, June 1, 2021

ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the Year 2021

....................................................................
ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the Year 2021
....................................................................
Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the year of 2021. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan kemahiran dan ekspresi kreativiti dalam kalangan pelajar bukan Arab yang mempelajari Bahasa Arab dalam mengembangkan bidang penulisan dan ekspresi lisan Bahasa Arab. 
Anugerah ini adalah kesinambungan daripada edisi pertama yang telah mendapat sambutan menggalakkan. 
Antara objektif utama anugerah ini adalah untuk mempromosikan kreativiti dan produktiviti serta mengetengahkan kepelbagaian dalam Bahasa Arab. Selain itu, ianya pelengkap kepada pendekatan pendidikan dan budaya yang seimbang serta dapat membina dua kemahiran produktif linguistik 
dalam penulisan kreatif dan ekspresi lisan.
....................................................................
....................................................................
Untuk Maklumat Lanjut
Sila Klik [ KPM ]
....................................................................