Wednesday, February 17, 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Alma Bil. 1/2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

PKG Alma telah menjalankan aktiviti yang pertama dalam tahun 2016 iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Alma Bil 1/2016 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh    : 16 Feb 2016
Masa      : 2.00 petang
Tempat   : Bilik Mesyuarat SMSTSSS

Mesyuarat ini telah di hadiri oleh PKG Alma selaku urusetia dan di Pengerusikan oleh Pengetua SMSTSSS Tn. Haji Jamaludin Bin Yaacob serta dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Alma selaku ahli jawatankuasa. Pelbagai aktiviti dan agenda berbangkit telah diutarakan oleh ahli jawatankuasa pemuafakatan bagi penambahbaikan sekolah-sekolah ahli di bawah seliaan PKG Alma. Disamping itu juga perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi yang baru bagi sidang 2016 - 2017 telah dilantik secara rasmi.

Klik disini untuk lihat lebih gambar