Khidmat Sokongan

| Pusat Sumber Sekolah | Sumber Pendidikan | Teknologi Maklumat | Teknologi Pendidikan | Inisiatif ICT KPM | ... |

[Sila Klik disini] Info Terkini dari Majlis Keselamatan Negara [MKN]

| MAJLIS KESELAMATAN NEGARA adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. | ... |

[Sila Klik disini] Info Terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM]

| # kita jaga kita | Bersama Hentikan Wabak COVID-19 | ... |

[Sila Klik disini] Susunan Rancangan TV Pendidikan Di DidikTV KPM, TV Okey RTM dan Astro Tutor

| Jadual Siaran yang boleh diikuti dan ditonton bersama dimana anda berada | ... |

[Sila Klik disini] DidikTV KPM merupakan TV Pendidikan

| Rangkaian ini akan menyiarkan program pendidikan untuk pelbagai mata pelajaran sekolah | ... |

[Sila Klik disini] KPM @ Youtube

| Video Terbitan KPM | ... |

[Sila Klik disini] Hari ini dalam Sejarah dari Arkib Negara Malaysia

| Era Melaka | Era Pra British | Era Pentadbiran British | Era Pendudukan Jepun | ... |

[Sila Klik disini] Portal EduWebTV

| Boleh diakses oleh sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana jua.| PERCUMA | #DudukDiRumah #JomBelajar #CegahCovid-19 | ... |

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma [Penglihatan]

| PraSekolah | Kelas Biasa [Tahun 1 - 6] Penglihatan | Dewan | Kolam Renang | Asrama | Hubungi Kami : 04-5082026 :: Faks : 04-5071439 |

Monday, July 30, 2018

Jom Kunjungi Portal i-Sayang

Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) atau lebih dikenali sebagai Portal
i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan
oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu :
>> Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
>> Kementerian Kesihatan Malaysia;
>> Kementerian Sumber Manusia;
>> Kementerian Belia dan Sukan;
>> Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
>> Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini.  Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang berbeza khasnya buta, rabun, rabun warna dan disleksia.  Portal ini mensasarkan golongan pengguna berikut :
>> Golongan berkeperluan khas (OKU)
>> Ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas
>> Golongan pendidik yang terlibat dengan murid berkeperluan khas
>> Majikan
>> Masyarakat Umum
Matlamat dan hala tuju portal i-Sayang ialah memastikan semua masyarakat khasnya golongan OKU mendapat manfaat daripada portal ini selaras dengan tagline portal “We Are Here For You” atau “Kami Sentiasa Berada Di Sisi Anda”.
...................................................................................................................................................................................

Modul Multimedia STEM PdPc Abad Ke-21

Modul Multimedia STEM PdPc Abad Ke-21 ini ditulis oleh sekumpulan guru, dalam bidang STEM dan ICT yang terpilih kerana kepakarannya memanafatkan teknologi di dalam kelas masing-masing. Kemunculan modul ini, bertujuan:
> Memberi kemahiran dan kepercayaan kepada para pendidik di Negara ini untuk menghasilkan sendiri BBM berkonsepkan Video STEM.
> Pemilihan semua tajuk yang pastinya berguna untuk guru-guru dalam pelaksanakan PdPc Abad Ke-21 dengan mengintegrasikan ICT.
> Merupakan panduan penyuntingan sesebuah video secara atas talian dan luar talian yang dapat menjimatkan masa sebuah produksi , tips membuat rakaman video yang baik dengan alatan yang asas, dan alat yang diperlukan bagi melaksanakan PdPc secara digital serta kaeadah penilaian dalam PdPc yang menarik dan terkini.
> Mesra pengguna, mudah difahami dan senang diikuti, langkah-langkah yang disediakan satu demi satu dlam mengaplikasikan kesemua tajuk dan  rakan setia dalam meneroka sesuatu tajuk dengan penggunaan komputer.
> Meningkatkan keupayaan dan kebijaksanan guru-guru terhadap mempelbagaikan kaedah PdPc bidang STEM serta minat dan motivasi murid untuk mempelajari subjek STEM dalam kelansungan  kelestarikan pendidikan STEM di Malaysia.
 Modul yang bercirikan Pembelajaran Abad Ke-21 yang merupakan edisi pertama yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam Anjakan 7 iaitu untuk Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia.

Dapatkan versi lengkap dalam [eBook] ATAU [pdf]
>> Sila Klik :  Kelestarian Pintar > Pendidikan Abad 21 > Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
...................................................................................................................................................................................

Friday, July 27, 2018

Jom Klik FrogPlay Championships

 Jom Klik FrogPlay Championships
Semua 23 sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Alma digalakan melayari
FrogPlay Championships juga melalui Virtual Learning Environmen [VLE] Frog
>> Klik Link FrogPlayChampionship URL: https://www.frogplaychampionships.com/


Boleh diAkses melalui Virtual Learning Environmen [VLE] Frog


...................................................................................................................................................................................







Penarafan Pembestarian [Smart School Qualification Standard - SSQS ] Sekolah Ahli PKG Alma Tahun 2018

Penarafan Pembestarian Sekolah PKG Daerah Seberang Perai Tengah Tahun 2018 [Instrumen Smart School Qualification Standard - SSQS]
Penafaran Pembestarian Sekolah untuk Tahun 2017 dengan menggunakan Instrumen SSQS Versi 3.1 2018 akan dilaksanakan sepanjang bulan Julai dan Ogos 2018. 
Penarafan menggunakan sistem SSQS 2018 telah mengalami beberapa perubahan dalam responden dan soalan penarafan SSQS tersebut. Pihak Admin SSQS Sekolah digalakan untuk :
1. Merujuk panduan dengan menekan butang Panduan SSQS. 
2. Membaca Panduan Responden.
3. Memuat turun Borang  Manual – Offline
4. Memperbanyakan mengikut responden
    > 1 orang Pentadbir, 1 GPM, 1GPB/GICT, 30 responden Guru [mengikut kesesuaian sekolah] dan  30 responden murid [mengikut kesesuaian     
        sekolah] untuk tujuan dokumentasi dan pemberian token.
    > Cetak Lampiran TOKEN yang terdiri 1 orang Pentadbir, 1 GPM, 1GPB/GICT, 30 responden Guru  dan  30 responden murid untuk tujuan 
       pengedaran,  rekod dan dokumentasi.
5. Memuat turun Panduan Soalan.
6. Indikator Panduan Penarafan SSQS 2018
7. Pemantauan penarafan secara online boleh dibuat melalui Admin SSQS sekolah/PKG/BTPN/BTP
Bagi penarafan peringkat negeri Pulau Pinang, pelaksanaannya adalah seperti berikut :
Penarafan SSQS 3.0  2017 secara online oleh Sekolah Ahli PKG Alma
16 Julai – 30 Ogos 2018 (44 Hari)
Penarafan secara online boleh dibuat melalui URL :  http://best.moe.edu.my/ssqs/ppinang/
...................................................................................................................................................................................

Pelaksanaan Standard Kompetensi Digital [Digital Compentency Standards - DCS] Murid 2018

Pelaksanaan Standard Kompetensi Digital [Digital Compentency Standards - DCS] Murid 2018
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation [MDEC], sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards  -  DCS), adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk (gamification), bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
Penilaian Standard Kompetensi  Digital (Digital Competency Standards  -  DCS) yang akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2018 sehingga 30 Julai 2018. Fasa kali ini melibatkan semua sekolah menengah sahaja. Sebanyak 7 buah sekolah di bawah PKG Alma yang hanya terlibat. 
1. SMK Alma 
2. SMK Permai Indah 
3. SMK Taman Sejahtera 
4. SMK Taman Perwira 
5. SMK Jalan Damai 
6. SMK Bukit Mertajam 
7. SM Sains Syed Sheh Sahabudin
Pihak Admin DCS Sekolah boleh melayari diURL: http://best.moe.edu.my/dcs/howto/ sebagai bahan sokongan melaksanakan DCS tersebut.
URL  DCS untuk sekolah di Negeri Pulau Pinang :http://btpnppinang.moe.gov.my/
...................................................................................................................................................................................

Thursday, July 26, 2018

Salam Georgetown Pulau Pinang Hari Tapak Warisan Sedunia

Warga Kerja Pusat Kegiatan Guru Alma 
Mengucapkan 
Salam Georgetown Pulau Pinang Hari Tapak Warisan Sedunia
07 Julai 2018 | 23 Syawal 1439H
kepada Semua Warga Pendidikan
.....................................................
Malaysiaku Bumi Bertuah
.........................................

Bengkel Pembugaran Virtual Learning Enviromen [VLE] Untuk PKP Sekolah Ahli PKG Alma

Keupayaan Latihan Kompetensi Profesionalisme: Bengkel Pembugaran Virtual Learning Enviromen [VLE] Untuk PKP Sekolah Ahli PKG Alma
Hari      : Selasa
Tarikh   : 12 Syawaal 1439 H | 26 Jun 2018  
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Alma
> Penglibatan:
1 orang Fasilitator Frog Asia, 23 Orang Penolong Kanan Pentadbiran dan Warga PKG Alma
Objektif :
Berkongsi ‘Wareness’ kepentingan VLE sebagai salah satu media penyampaian PdP abad 21.
Menyemarakan penggunaan VLE dikalangan guru dan murid di sekolah ahli
>Perancangan akitiviti dalam peningkatan KPI penggunaan VLE dikalangan sekolah DSPT.


Galeri Foto : Suasana Bengkel Pembugaran Virtual Learning Enviromen [VLE] Untuk Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Ahli PKG Alma
...................................................................................................................................................................................