|
Khamis, Jun 17, 2010
PENGUMPULAN DATA SPPICTS BIL. 2/2010
GURU PENYELARAS BESTARI/GURU ICT
Tuan/Puan,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan data kali kedua dengan menggunakan aplikasi Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) secara online telah dilaksanakan bermula pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.
2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk memantau pengumpulan serta verifikasi data sekolah di bawah pihak tuan/puan. Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan inisiatif ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dianalisis dan diproses sebagai laporan lengkap.
3. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan, pihak tuan/puan boleh terus menghubungi pihak PKG Alma dan bercakap terus dengan Encik Abdul Razak Bin Hassan , Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Alma atau Pn Nabila Abd Rahim Juruteknik Komputer PKG Alma.
4. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Disediakan oleh :
Roshidi Mat
